29 September 2012

Sally's haha

Alhamdulilah, akhirya dapat menghela nafas tanda lega di hati. Penat dibadan belum hilang tapi dihati sudah gembira kan. Nak buat macam mana lagi. 

Dapat mengembirakan diri bersama rakan-rakan di sebuah shopping mall Terima kasih mama dan kakak.Tanpa mereka mungkin aku tidak jejak ke sana. Rugi aku tak menghabiskan masa yang indah bersama rakan-rakan. Yelah bukannya selalu keluar happy happykan diri sendiri. 

Pagi tadi, sudah gagahi diri untuk bangun awal. Mama sudah siap masak, katanya takpayah breakfast di sana Aku ikutkan aja, dapat juga aku menjimatkan wang. Haha tepat 11:35 aku sudah terpacak di depan pawagam. Padahal movie  mula pada jam 12:15. Kawan-kawan yang beria sangat, aku cool aja kot. 


Lepas keluar panggung, pundi kencing ni rasa terseksa dek kerana penghawa dingin di dalam pawagam yang terlampau sejuk. Hampir aja aku beku duduk selama hampir dua jam didalam. Lepas itu, aku dan peah jalan berdua, tipu kami mahu membeli sesuatu. Sementara ainaa dan hazieqah berjalan ke Marrybrown. Aku dn peah sempat membeli sesuatu, kerana kami mempunyai rencana mahu mengenakan Ainaa (si birthday girl pada 30 Sept)

Selepas makan, kami bukan main over lagi nak  cepat-cepat. Sudah aku rancang port yang mana sesuai untuk prank Ainaa.Sedang Ainaa sibuk mendengar omelan Hazieqah, aku terus mengeluarkan party spring dan spray pada Ainaa. Habis hampir terlilit badan dia dek kerana benda bertali itu. Lepas 2 botol party spring kami habiskan, kami terus beredar. Takut-takut pakGuard dan cleaner suruh bersihkan tempat itu. Mati kami!

Tampak di muka ainaa wajah yang gembira walaupun ini kali kedua kami (classmate) prank mereka. Selepas itu, kami tawaf mall itu beberapa kali. Macam-macam di borong. Sampai lemah lutut aku melayan kerenah mereka. Akhirya, kami menemukan tempat duduk dan rehat disitu sambil menyedut coolblog berperisa bandung. Lega tekak!

Jam 5 tepat, kami pulang. Gembiranya hati, letihnya badan. Tapi kenangan yang sukar dilupakan.

Akhirnya! Selamat Hari Jadi Nurul Ainaa Izzati. Kiteorang sayang awak!

Lupa, Ainaa sudah di prank itu kali kedua oleh kami. Dirancang oleh aku dan peah. Kali pertama pada hari Jumaat, hampir separuh botol bedak kami baling pada dia. Hahaha kesian.

Kepada sesiapa yang nak prank rakan mereka. Disyorkan beli party spring kerana ini amat best dan agak busuk baunya. Boleh tahan busuk la. Heheehehehehe :3