Alhamdulilah, syukur aku masih dapat bernafas.
Pertama sekali, terima kasih kepada mama dan kakak yang sentiasa melapang dada mendengar omelan, bebelan, cita-cita menggunung tinggi diriku ini. Kuat berangan nombor satu, kakak pun tahu. Tidak lupa juga kepada keluarga sehidup semati, best friend disisi, bakal boyfriend di hati, classmates depan mata dan semua yang tak putus memberikan semangat kepada aku.
Curi oksigen dekat bumi ini. Menarik nafas lega.
Kini aku kembali kepada diriku yang asal. Ain yang ceria, yang sentiasa senyum, yang sentiasa membebel, yang sentiasa mengkritik, yang sentiasa comel, yang sentiasa menyinari hari kalian! Tiada lagi Ain yang berhati tisu, yang kuat cemburu, yang tidak mampu lawan akan egonya sendiri. Mintak disimpang.
Segala rahsia yang terbuku di hati aku sudah luahkan. Legaaaaa. Gembira dihati ni bagai tak terkata. Cuma sekarang perasaan risau yang membuak dalam hati ini. Mengapa? Kerana aku masih tidak bersedia utk menghadapi final exam Ya allah kecut perut aku. Mama selalu mengugut aku supaya belajar. Kalau tidak, akan dirampas blackberry, laptop dan segala gadget yang ada. Kerana itulah, aku jarang sekali update.
Sang kekasih yang selalu mengacau aku.Yang selalu mengomel dengan aku. Entah kenapa suka cari pasal dengan aku, aku pun tak tahu. Selalu sangat tengok aku dari jauh. Statement itu mungkin aku perasan, tapi aku selalu memerhatikan dia.Bila melihat dia pasti dia sedang melihat aku tapi bila aku melihatnya kembali, dia terus berpaling. Tapi aku cukup masak dengan perangainya. Dalam hati cuba berkata "kenapa dia terlalu comel untuk aku?" Selalu sangat menyakat aku membuatkan aku tidak keruan sehingga sekarang.
Terima kasih Allah!