Gambar macam ni pun 5 orang like? Hahahahahahha form2. Orang kuning dekat sekolah. Aku taklah cute, cantik, lawa, cool mane -..-
Life as a student. Bangun pagi je dah set dalam mind "malasnya nak pergi sekolah" lagi-lagi kalau hari Isnin. Sebab ada perhimpunan rasmi. Lepastu aku kena pakai kain Aline dengan kemeja. Siap blazer. Korang ade? Lepastu malas nak masuk kelas awal pagi sebab ngantuk. Lagi lagi kalau belajar sejarah/geo. Tertidurrr aku.
Kalau nak pergi sekolah pun, sebab nak jumpa kawan. Nak gosip, main, berbual, jerit. Hahahaha itu memang feveret semua pelajar. Lepastu masa rehat paling best sebab dapat rehat dengan bestfriend yang tak satu kelas. Tapi aku cuma tak puas hati sebab "recess too short" Hishhhh -..-
Paling aku tak suka kalau kena siapkan kerja sekolah dalam kelas. Lepastu kena hantar sebelum balik. Dahlah kelas aku tu tingkat 4. Ya-allah semput tauuu tak. Dan paling aku benci, kalau cikgu malas nak naik kelas dan suruh kiteorang yang turun. Grrrrrrr kalau pergi lab untuk sains tu aku masih boleh terima.
Paling best sekali bila dah nak balik. Nanti aku balik dengan cira. Lepastu berbual ntah pape. Dan balik nanti aku dapat minum air sirap yang ibu aku buat. Atau kekadang ibu aku belanja mekdi sebab otw dr sekolah balik rumah aku lalu mekdi. Kehkehkeh. Korang ada?