25 April 2012

Banyak yang kita tak tahu

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Semoga berjaya kepada team KRS yang dapat wakil sekolah peringkat daerah. Saya bangga jadi KRS even saya tak masuk kawad hahahahahha. 

Tujuan post? Suka-suka sayalah. 

Ada seorang perempuan berumur 15 tahun. Bawa anaknya yang berumur setahun jalan di pasaraya. Orang kata dia itu perempuan paling hina, tidak suci, maruah tercalar, tidak malu dan sebagainya. Dia menerima cacian yang teruk. Tetapi dia hanya diam membisu. Tapi, takda orang tahu dia dirogol semasa usianya 13 tahun.

Ada seorang lelaki, dia sangat-sangat gemuk. Orang kata dia tidak pandai menjaga diri dan sering diejek oleh masyarakat. Tapi takda orang tahu dia menghidap penyakit. makan atau tidak makan, berat badan tiap-tiap hari naik.

Ada seorang orang tua, berusia hampir 70an. Telinganya takda dan matanya buta. Orang kata dia itu hodoh, sangat-sangat hodoh. Tapi takda orang tahu dia itu seorang askar. Hilang mata dan telinga sewaktu peperangan untuk mempertahankan negara. 

Santapan rohani, tapi jangan sentap pulak Kahkahkah