Showing posts with label monday. Show all posts
Showing posts with label monday. Show all posts

26 December 2011

Sekolah, sudah pasti!

Hi, Assalamualaikum readers! Dah lama kan tak update? \\lamalah sangat// Saya nak taip sepanjang-panjangnya, boleh? Haha, takde lah panjang mana pun. Baru setengah perenggan dah takda idea nanti, mentol pun tak keluar sebab rosak haha *batuk* Okay, tak sihat. Saya mengada betul, mentang-mentang dah nak start sekolah mula lah sakit kan. 


Harini 26hb, beberapa hari lagi je sekolah akan dibuka. Jualan buku dijalankan pada 30hb ni. Cepatnya sekolah, seminggu lagi je. Terasa malas pulak. Bila cuti haritu rasa nak sekolah, tapi bila dah nak mula sekolah mula lah mood malas datang. Biasalah adat kan hehe. Tahun depan Tingkatan 2. Mudanya saya //LOL\\ Rak buku dari haritu tak buka-buka. Entah apa barang dalam tu pun tak tahu. Buku tingkatan 1, diari, kertas peperiksaan dan macam-macam lagi. Semua duduk dia disitu. Tulah akibat terlalu manjakan diri, samakan malas untuk mengemas. Bagus betul anak dara ni haha. Dari haritu ma suruh kemas, taknak dengar, kan padan muka. Dah nak mula sekolah baru terkial-kial nak kemas segala. 

Counting 8 daysss more ...

Sekolah semuanya barang baru, yelahh orang muda Peaceeeee 
Pakaian sekolah: Dah siap (good)
Alat tulis and pencilcase: Pencilcase guna tahun lps, alat tulis je beli :( 
Beg: Settle 
Kasut: Settle
Buku rujukan: Belum beli, Jumaat nanti 

Tahun depan ma nak tuisyen kan kita. Yelah dia kata anak dia ni rajin sangat belajar *tangan didada, mata keatas* Tu sebabnya dia nak tuisyen kan kita sebelum peperiksaan PMR 2013 Saya ikutkan je kehendak ma saya sebab yelah mana boleh derhaka cakap ibu kan kan kan? Hmmm, tapi tak tahu lagi dekat mane. Situ tak kena, sini lagilah haha. Nanti akhirnya tak jadi tuisyen pulak. 

Going to school, belum lagi. Lepas ni dah takboleh bangun lewat kan? Lepas subuh sesapa yang sambung tidur dah tak boleh sambung tidur. Begitulah hidup seorang pelajar, ingat awak sorang je. Bye, Assalamualaikum :)



19 December 2011

Melaka, memang banyak sejarah

Assalamualaikum readers Beberapa hari ni kelihatan entry yang aku bikin semua tak berseri, tak best dan tak de nak baca kan? Terkejut jugak kalau perasan ada orang baca blog aku ni. Yelah, aku ni hanya seorang blogger yang biasa-biasa je, tak pandai nak berimaginasi. Cehh, ayat memang tak boleh belah. Kali ni aku buat entry dengan bahgianya sebab sambil makan chocolate mars fuhhh lalala. Back to the title, sebenarnya kita rindu Melaka sangat-sangat-sangat. Kenapa? sebab melaka best, banyak sejarah. Bukan hanya sejarah perang, Parameswara dan sebagainya. Tapi kenangan/sejarah family. Family aku bukan orang melaka pun. Teringat kenangan di Melaka, kalau nak di ingatkan memang banyaklahh.

Kenangan gambar ni amat mendalam, walaupun aku tidak ingat bila tarikh keramatnya. Masa tu dari kiri, Akmal, Kakchik, Amira (yang kecik tu) kakak aku, Along, Ain, Addam (dalam perut) and Kak mi. Kami menghilangkan stress di Melaka bersama sebab waktu tu ma, maklong, paklong, makuda dan abang faiz pergi Mekah bagi menunaikan umrah. Kami disini di tinggalkan. Waktu paling best masa mandi-manda buat kali kedua. Hahaaaaa, kami 14 kaki berjalan di Melaka sehari aja. Dan pada hari itu, selepas check out dari Wonderland, hampir di Jusco, kereta kami rosak daaaa. Haha, nasib ada kawan kakak aku, sang penyelamat. Dan pada waktu yang genting, kami sangat lapar singgah di Mahkota Parade dan makan di Sibaraku. Itulah momentnya yang paling tak dapat dilupakan, kalau di ceritakan kembali, pasti semuanya ketawa dek kereta rosak di tengah jalan. 

Gambar ni aku jumpa dekat dalam blog ni. Waktu berlalu dengan cepat kan, lepas UPSR ma ajak pergi Melaka sebab aku dah freedom. Trip ini hanya sehari, aku melawat tempat-tempat yang di gembar-gemburkan oleh orang ramai, tapi harapan tempat-tempat tu tak lah berapa best pun. Sorry, hihi. Aku pergi Taman rama-rama, lepastu Muzium Samudera, Taming Sari, pastu ada lahh tempat-2 yang aku dah tak ingat namanya. Hmmm, makan Mcdonald dekat Dataran Pahlawan, ingat lagi HAHA

Hah, saya ingat sangat moment ini. Fisrt time pergi wonderland. Mula-mula cadangannya hanya short journey sampai Melaka sahaja, tapi terikut sampai Kuala Lumpur. Dari kiri, kakak aku, akmal, abang faiz, yeen, along syamel, kak chik, kak jaja dan aleen. Journey kami dari Melaka ke Port Dickson tak silap, kemudian tiba di Kuala Lumpur dan menginap di Dynasty Hotel. Keesokan hari ni activity shopping dan pulang ke Johor Bahru.

Dan baru-baru ini, holidays travel keluarga kami juga di Melaka. Betullah, Melaka memang tempat feveret kata orang. Dari kiri berbaju purple, ma, makyen, mak ita, kakak aku, along, kakchik, kak mi, dan addam. Mase ni trip hanya 3 hari 2 malam menginap di rumah abang faiz. Gambar memori ini di hadapan pintu entrance Cowboy Town. Setibanya di Melaka malam tu, ke Cowboy town, keesokan harinya ke Afamosa Resort, dan Mahkota Parade. Hari terakhir di Melaka hanya berjalan-jalan menggunakan 2 kaki. HAHAAHA 

Ye, sesungguhnya saya pasti akan merindui Melaka selalu. Insya-allah, sekarang tengah menggila dengan blog Hanis Zalikha, seriezzz suka muka dia yang comel tambah cantik dan ayu. Mata dia agak sepet kan? Hahaaa,   okaylah bye salam perkenalan dan Hello new followers!  Assalamualaikum :)


Wrote by, 

05 December 2011

Arthur Christmas with beloved friends

Ze alls babeyh. Penatnya, hari ini sangat best. Seriously, walaupun muka aku ni taklah nampak happy sangat. Tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Yehaaaa, mula-mula macam tak jadi je nak hangout dengan kawan-kawan. Sekali, ada orang offer transport, so aku pun okay jelah. Thanks Kak dayah sebab tolong bawa kereta and hantar kiteorang sampai IOI Mall hehe. Sampai sana tunggu Umi Suhada and the geng sampai sebab dieorang naik bas. Ahaks, kesian, umi yang kena bayar tambang bas, teruk betul dieorang tu. And then, teman dieorang makan dengan Marrybrown. Lepastu, tengok wayang cerita Arthur Christmas 3D Tak best betul cerita tu, tapi okaylah sebab 3D kan. Dahlah mahal -,- sabar jelah kan. Nasiblah Faisal yang nak tengok. Aku layan je. Dalam panggung tu boleh tahan ramai jugak Ain lea, Umi Suhada, Faisal, Azrin, Amirul Hanif, Afiq Danish, Syammim. Ramaikannn --' Shopping makanan, habis duit aku umi lol. Lastly, balik naik kereta Kak dayah haha, mase tu takboleh nak cover ketawa lagi. Haha shuuu kite kite je tahu.

Kalau korang tak tahu, inilah poster cerita Arthur Christmas 3D

Umi nak ambik gambar dengan poster tu. Alahai, omeinyaa lol.

Ze all, umi sorang tengok cerita Mayakkam Enna ni. Haha

Aku dengan umi makan mambo fries, orange juice dengan milo ice je, kau ade?

Faisal dan Azrin makan banyak lol. Makan fish and chip katanya.

 From left Faisal dia memang tak boleh duduk dia, tak tahulah ape masalah dia. 

Umi with 3D glasses. Kelakar bebeno aku tengok kau mi :D

Gambar ni aku zoom, waffer chocolate. Prince daily fresh yang buat, umi suka sangat. 

At last but not least, nak ucap Terima kasih dekat semua yang terlibat Ehii *mengada*

Hihiiii ,