20 September 2012

Malas nak cakap.

Aku diam

Bukan aku diam bermakna aku tak ambil kisah. Diam aku bermakna. Aku selalu perhatikan engkau. Setiap gerak geri engkau, apa yang engkau lakukan. Pokok pangkalnya setiap jejak kau aku kira. 

Aku sakit hati. Bagai ditoreh, tapi aku cuba diamkan. Aku cuba alaminya sendiri. Tanpa bantuan sesiapa. Aku cuba kuatkan diri. Walaupun air mata selalu mengalir setiap kali aku cuba memberikan semangat pada diri aku sendiri. 

Aku cukup sabar. Cukup sabar. Sehingggakan ada yang mencabar kesabaran aku. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana peritnya hati aku waktu itu. Bukan untuk mencari kesilapan engkau. Tetapi aku cuba untuk mengenali engkau dengan lebih dekat. Aku cuba sabar. Tuhan bantu aku. Tuhan berikan petunjuk kepada aku. 

Aku sentiasa mendoakan kebahagian engkau. Walaupun terkadang aku berasa iri hati. Iri hati kerana tidak dikasihi. Bukan dikasihi. Tetapi disayangi. Macam engkau jaga hati rakan engkau. Macam engkau jaga kekasih engkau. 

Tiada siapa yang perlu dibela. Tiada siapa yang perlu membalas dendam. Mungkin ini ujian hidup. Allah kata, dia sayang kita kerana itu dia memberikan ujian setimpal ini. Dia harap kita dapat mengharunginya dengan baik. 

Ada batu apinya. Jika tiada, mengapa kita begini sehingga sekali. Ada yang rasa iri hati akan persahabatan kita. Ada yang rasa tidak selesa dengan persahabatan kita. Cuma aku harap "batu api" itu akan segera menyerah diri. Dan ... memberitahu segala-galanya. 

"Hati dihiris dengan benda yang amat tajam hingga menitis-nitis darahnya. Ditambah pula dengan cucukkan paku-paku tajam. Terpahat didada. Perit dan deritanya hanya aku yang dapat rasa" Rasanya jika hati aku dapat dilihat dengan mata kasar. Mungkin akan sebegitu

Terima kasih kawan yang telah menyelamatkan keaadan. Yang telah menjadi pendengar setia. Aku jarang bercakap tentang hal peribadi. Hal kami. Hal yang sepatutnya tidak pelu diceritakan kepada orang. Tapi hati dah sakit, hati dah benci dengan batu api, hati dah tidak tertanggung. Tidak perlu berkawan ketika senang dan meninggalkannya ketika susah. Perit. Memang perit tapi kita semua, satu dunia akan melaluinya. Pasti. 

Hanya senyuman yang manis aja kali ini. Terima kasih allah atas segalanya. Tiba-tiba terasa amat bersyukur.