26 December 2011

Sekolah, sudah pasti!

Hi, Assalamualaikum readers! Dah lama kan tak update? \\lamalah sangat// Saya nak taip sepanjang-panjangnya, boleh? Haha, takde lah panjang mana pun. Baru setengah perenggan dah takda idea nanti, mentol pun tak keluar sebab rosak haha *batuk* Okay, tak sihat. Saya mengada betul, mentang-mentang dah nak start sekolah mula lah sakit kan. 


Harini 26hb, beberapa hari lagi je sekolah akan dibuka. Jualan buku dijalankan pada 30hb ni. Cepatnya sekolah, seminggu lagi je. Terasa malas pulak. Bila cuti haritu rasa nak sekolah, tapi bila dah nak mula sekolah mula lah mood malas datang. Biasalah adat kan hehe. Tahun depan Tingkatan 2. Mudanya saya //LOL\\ Rak buku dari haritu tak buka-buka. Entah apa barang dalam tu pun tak tahu. Buku tingkatan 1, diari, kertas peperiksaan dan macam-macam lagi. Semua duduk dia disitu. Tulah akibat terlalu manjakan diri, samakan malas untuk mengemas. Bagus betul anak dara ni haha. Dari haritu ma suruh kemas, taknak dengar, kan padan muka. Dah nak mula sekolah baru terkial-kial nak kemas segala. 

Counting 8 daysss more ...

Sekolah semuanya barang baru, yelahh orang muda Peaceeeee 
Pakaian sekolah: Dah siap (good)
Alat tulis and pencilcase: Pencilcase guna tahun lps, alat tulis je beli :( 
Beg: Settle 
Kasut: Settle
Buku rujukan: Belum beli, Jumaat nanti 

Tahun depan ma nak tuisyen kan kita. Yelah dia kata anak dia ni rajin sangat belajar *tangan didada, mata keatas* Tu sebabnya dia nak tuisyen kan kita sebelum peperiksaan PMR 2013 Saya ikutkan je kehendak ma saya sebab yelah mana boleh derhaka cakap ibu kan kan kan? Hmmm, tapi tak tahu lagi dekat mane. Situ tak kena, sini lagilah haha. Nanti akhirnya tak jadi tuisyen pulak. 

Going to school, belum lagi. Lepas ni dah takboleh bangun lewat kan? Lepas subuh sesapa yang sambung tidur dah tak boleh sambung tidur. Begitulah hidup seorang pelajar, ingat awak sorang je. Bye, Assalamualaikum :)