29 December 2011

2011 2012

 Assalamualaikum readers! Sekarang memang waktu yang tepat untuk saya update entry ni hehe. Today, 29hb Dis 2011 Lagi berapa hari je kan dah nak jejak 2012. Azam 2012? Straight to the point please. Saya fikir macam-macam, kalau boleh semua benda saya nakkan. Tapi apakan daya, saya bukan jutawan haha. Lol *angkat kening* 2012? Kiamat? Inalilah, semuanya sama-sama kita serahkan kepada yang Esa. Kita manusia mampu berdoa. Saya bersyukur kerana masih lagi dapat bernafas dan melihat orang di sekelilingku senyum tawa gembira Alhamdulilah. 




Azam 2012? pun boleh ...
1. Saya harap sesuatu transformasi bakal berlaku pada diri saya. Tapi saya tak dapat janji pada diri saya sebab takut termakan janji kan hmmmm. Menghilangkan perangai malas yang sedang ligat aktif.
2. Saya nak blackberry (bold3)! Nak jugak, nak jugak! Kalau bukan blackberry Nokia Lumia pun jadi. Angan-angan saya sangat tinggi haha. Inshaallah :D
3. Belajooo rerajin, percaya pada diri sendiri, kuatkan iman Inshaallah 
4. Saya nak friendship macam dulu, taknak gaduh-gaduh lagi dan harap takde orang pun yang boleh ganggu friendship kami seperti tahun 2011. Saya harap sangat!
5. what on your mind? 


Saya dah lalui ranjang yang berliku ini, banyak sangat saya dah lalui sedih tawa gembira seram kecewa bangga dan pelbagai perasaan lagi telah saya rasai. Syukur alhamdulilah saya masih kuat. Kadang-kadang memang di hati agak kecewa perit untuk menghadapi ujian allah. Allah memberi kita cabaran untuk menguji iman kita sebagai manusia. Positive thinking dikepala!!!!!


Kejap eh, nanti saya sambung cerita ni.



Tak lama lagi sekolah. Yeee, memang perit nak bangun awal, nak dengar cikgu membebel, nak siapkan kerja sekolah. Tapi percayalah suatu hari nanti semasa kita kerja kita mesti nak kembali menjadi murid. Sebab menjadi murid sangat senang, senang sangat. Takpayah siang malam cari duit, dapat duit poket RM3/1hari Kalau kerja sebulan baru dapat gaji, satu hari dapat penat. Rehatnya malam aje. Menjadi seorang murid/pelajar sangat best, cool, senang dan mesti bersyukur. Jadi nikmatilah hidup anda sebagai seorang murid/pelajar mulai sekarang. Saya mulai sedarrrrr ........ *ayat memang tak boleh belahkan* haha


Kita balik pada cite asal kannn ...... 
Saya harap kenangan 2011 akan kekal di ingatan saya, yee saya belum lupa ingatan lagi haha. Inshaallah allah akan mempermudahkan urusan kita di dunia. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Allah great!!! 


Saya akan rindu cerita Ombak rindu, Tentang Dhiaaaa, soffiyaa, breaking dawn, dan lain-lain. Saya akan ingat 2011 mengenal kan saya akan Yuna yang suaranya sangat awesomeee dan juga Taylor Lautner yang cool.  Wahh, ain kau kenal artis je ehh? haha. Saya juga akan ingat setiap detik bersama keluarga. Daripada sarapan, makan tengahari, dinner, gathering, kuala lumpur, melaka, iftar, wayang, shopping dan juga munculnya seorang lagi ahli keluarga Addam Qhairel Nor Faizal, sepupu saya punya anak. 


Now saya baru terjumpa gambar Izara Aishah yang gorgeous! Take photo, credit fb 




Sampai sini jelah type, watlek saya punya jari rasa sengal yang teramat. Terima kasih kerana telah menghabiskan masa baca entry saya. Saya happy ada orang baca entry saya. Thankyou so much. Byee Assalamualaikum! :)