Ehh, nak tanye kenapa kalau kita cakap bodoh tu macam taksopan? Hmmm, but kalau kite cakap stupid lebih sopan bahasanya daripada bodoh. Padahal maksud kedua-dua perkataan tu same je kot. Kepada sesapa yang taktahu, bodoh nie banyak perkataan bercabang. Macam mind map lahh. Hahaaa. Bodoh boleh diklasifikasikan sebagai idiot. Kalau korang taktahu, cube pegi google search idiot. Lepastu moron pon bermaksud kurang pintar. And last, silly, orang jarang dengar perkataan ni, tapi maksudnya juga sama seperti bodoh
Remaja zaman sekarang, senang je nak keluarkan semua perkataan yang kurang senang didengar ini. Katanya kalau seseorang tu takberani untuk mengeluarkan kata-kata kesat ini seperti ketinggalan zaman. Jika bergaduh, pastinya kita akan mendengar pelbagai kata yang kurang senang keluar dari mulutnya. Akan tetapi tak semua remaja bergitu, sesetengah sahaja. Katanya juga trendlahh, ikut kawanlah. Ada juga yang mengatakan "alah, bukannya aku sorang yang cakap macam nie, kalau dosa, semua orang buat dosa" Hmmmm, taktahu lah sekarang. Kita cuma harap agar benda nie taklah sampai terlanjur apabila bertutur dengan orang yang lebih tua. Kan tidak manis apabila orang mendengar. Betul tak? Fikirlah sendiri.